subscribe to RSS

SEJARAH

Posted by SJK(T) NATESA PILLAY on

Sekolah ini telah dibina pada tahun 1957.Bilangan muridnya adalah seramai 20 orang dengan seorang guru iaitu Encik A.Anthonsamy. Pada tahun 1960, sebahagian ladang ini telah dimiliki oleh Encik RM.N. Natesa Pillay.Dengan hasil usahanya ,


sedikit demi sedikit mutu pengajaran di sekolah ini dapat ditingkatkan.Sekolah ini dibuka bertujuan untuk membantu anak-anak yang memerlukan ilmu pengetahuan.Pada tahun 1972 bilangan murid semakin bertambah kepada 70 orang disebabkan

beberapa buah ladang telah dibuka di kawasan persekitaran dengan sekolah ini.Pada asalnya sekolah ini dikenali sebagai SJK(T) Ladang Pembroke sempena nama ladang. Pada tahun 1997 sekolah ini bertukar nama kepada SJK(T) Natesa Pillay.

Pertukaran ini disebabkan ladang ini sudah menjadi milik Encik R.M.N. Natesa Pillay. Nama Natesa Pillay diambil sebagai menghormati Encik R.M.N. Natesa Pillay yang banyak menyumbang untuk kemajuan sekolah ini.

PIBG telah ditubuhkan pada 30 Okt. 1973. Kerajaan juga turut memberikan sumbangan kewangan untuk mendirikan sebuah bangunan yang baru dan selesa.Maka, dalam tahun 1975 dapat ditubuhkan sebuah bangunan baru sekolah ini