Posted by SJK(T) NATESA PILLAY on Friday, May 7, 2010 | 0 comments


Temasya Olahraga Tahunan kali ke-30 telah diadakan pada 04 Mac 2010. Temasya kali ini dirasmikan oleh Dato'S.Veerasingam DDMP,PMP,AMN,AMP selaku penasihat Menteri Besar Perak.

Antara acara balapan yang dipertandingkan ialah 100 meter, 200 meter dan 4 x 200 meter. Selain itu diadakan acara sukaneka seperti relay bulatan, lari berhalangan dan tarik tali. Temasya kali ini mendapat sambutan yang hangat daripada ibu bapa dan juga komuniti setempat. Temasya kali ini juga turut menjemput wakil dari sekolah-sekolah yang terdekat untuk mengambil bahagian dalam acara 4 x 200 meter.

Guru Besar dan beberapa orang kenamaan telah menyampaikan hadiah kepada para pemengang. Adik Darman telah dipilah sebagai olahragawan manakala adik Yuganesh telah dipilih sebagai olahragawati pada tahun ini.